Siakap Keli

Ayah Sanggup Payung Anak Dalam Hujan Lebat, Cari “Line” Internet Untuk Kelas “Online”

INDIA- Viral sekeping gambar terlihat menghadiri kelas dalam talian pada waktu hujan lebat sambil ditemani ayahnya yang memegang payung untuk melindungi anaknya dari terkena hujan.

Menurut Ballaka, kejadian berlaku di desa terpencil di Sullia, daerah Dakshina Kannada. Gambar tersebut menunjukkan Narayana memegang payung sementara anaknya menghadiri kelasnya untuk menghadapi peperiksaan.

Disebabkan itu, pemilik akaun turut meluahkan perasaannya apabila melihat kepayahan pelajar itu, lapor India.com.

Katanya, kejadian sedemikian seolah-olah telah menjadi kebiasaan kerana ramai pelajar yang terpaksa duduk diluar rumah kerana rangkaian internet yang bermasalah di kawasan tersebut.

Selain itu, pelbagai masalah yang dihadapi oleh para pelajar terutamanya mereka yang tinggal diluar bandar.

Menurut laporan Unicef India, masalah rangkaian adalah salah satu kesulitan yang dihadapi oleh pelajar kini.

Laporan bertajuk ‘Penilaian cepat pembelajaran semasa penutupan sekolah dalam konteks COVID-19’, menunjukkan kira-kira 6,000 ibu bapa, remaja dan guru di enam negeri mengesyorkan agar kerajaan fokus semula untuk membantu kanak-kanak.

“Internet diperlukan dimana saja, kerajaan perlu fokus pada pengembangan aplikasi yang dapat mudah digunakan oleh jaringan 2G.”

“Ianya memudahkan pelajar agar tidak ketinggalan kelas,” kandungan dalam laporan yang diterbitkan pada Mei.

Sumber: India.com

Atiqah Aliah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.