Siakap Keli
Gambar: DailyMail.co.uk

Bintang Sensasi Liverpool, Sadio Mane Dilapor Biayai Pembangunan Hospital Di Tempat Lahirnya

Seorang bintang Liverpool sekali lagi telah menjadi wira di Senegal dengan membantu membiayai pembinaan hospital di kampung halamannya yang terletak di Bambali, Senegal. Penyerang Liverpool iaitu Sadio Mane, 29 tahun telah membelanjakan lebih dari £ 450,000 (RM2,617,484) untuk pembiayaan tersebut, lapor Daily Mail.

Mane has helped fund the construction of a school and supermarket in the past in Bambali

Setelah kembali ke Senegal untuk dua pusingan perlawanan antarabangsa menentang Zambia dan Tanjung Verde awal bulan ini, beliau dilaporkan telah bertemu dengan presiden Senegal, Macky Sall untuk membincangkan projeknya.

Menurut sumber, Sadio Mane meminta sumbangan kakitangan perubatan untuk hospital baru itu ketika bertukar-tukar idea dalam kebajikan sosial yang dirancang. Malah, idea untuk menubuhkan stadium baru Senegal dan persiapan pasukan kebangsaan dengan dua perlawanan persahabatan terakhir juga ada di dalam ‘menu pertukaran’ Sadio Mane dengan Presiden Macky.

Mane met up with the president after the international matches vs Zambia and Cape Verde

Sadio Mane met up with Senegal's president Macky Sall to discuss the project of the hospital

Setelah beberapa minggu pertemuannya dengan presiden, Sadio Mane dapat menyaksikan hospital baru itu telah dibina dan dirasmikan. Malah, di luar hospital tersebut diletakkan tanda bagi memperingati kebajikan Sadio Mane.

A sign is displayed outside the hospital in his home town commemorating Mane's work

Hospital itu dikatakan akan menjadi kemudahan perubatan pertama di daerah sekitar Bambali yang mempunyai sebanyak 34 buah kampung di situ. Antara kemudahan di hospital itu adalah terdiri daripada jabatan A&E, penjagaan ibu, kemudahan pergigian dan bilik perundingan.

Ketika diwawancara, Sadio mengatakan, “Hospital ini diperoleh tanda terima kasih kepada anda, dan hospital ini untuk anda, penduduk Sédhiou,”

Menurut portal, bantuan kebajikan sosial itu bukan pertama kali dilakukan oleh Sadio Mane. Beliau pernah memainkan peranan penting dalam pembinaan sekolah menengah dan juga pasar raya yang dinamakan sempena namanya.

Satu kenyataan media mendakwa bahawa Sadio Mane dan rakannya berminat untuk membiayai lebih banyak projek pada masa akan datang di kawasan sekitar Bambali, termasuk pejabat pos dan stesen minyak.

Sumber: DailyMail.co.uk

Nurul Nabila

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.