Seorang kanak-kanak lelaki berusia 1 tahun meningggal dunia kerana terperangkap di antara katil dan dinding setelah ditinggalkan bersama saudara kandungnya yang berusia 6 tahun, lapor Daily Mail.
Insiden tersebut dilaporkan terjadi pada Sabtu lepas sekitar 8.40 malam di sebuah rumah area Spring Valley, Rockland County, New York.
Menurut polis, mangsa ditinggalkan di rumah tanpa pengawasan orang dewasa, sebaliknya hanya dijaga oleh saudara kandungnya yang masih kecil.
Setelah pihak berkuasa tiba di tempat kejadian, mereka mendapati mangsa telah terperangkap di antara katil dan dinding serta tiada lagi tindak balas.
Jabatan Bomba Spring Valley kemudiannya telah dihantar untuk membantu membebaskan mangsa yang tersepit di situ. Malah, paramedik berjuang untuk menyelamatkannya di tempat kejadian.
Walau bagaimanapun, mangsa dilaporkan meninggal dunia ketika dikejarkan ke Hospital Nyack akibat mengalami kecederaan.
Jabatan Polis Spring Valley melaporkan ibu mangsa yang berusia 36 tahun itu telah ditahan dan didakwa atas tuduhan pembunuhan.
Sumber: DailyMail.co.uk