Siakap Keli

Gerombolan Tikus Serang Penjara Di Australia, Ratusan Banduan Terpaksa Dipindahkan

AUSTRALIA- Ratusan banduan di New South Wales, Australia terpaksa dipindah dari penjara kerana tikus.

Menurut Kompas.com, tikus-tikus menyerang penjara menyebabkan pelbagai kerosakkan termasuk bahagian kabel utama.

Saat ini, New South Wales sejak beberapa minggu terakhir menyebabkan kerugian kepada sebilangan sektor terutamanya sektor perternakan.

Disebabkan itu, penjara terpaksa mengurangkan operasi selama empat bulan, lapor BBC.

Oleh itu, lembaga kemasyarakatan akan dibersihkan serta diperbaiki sebagai persiapan jika keadaan memburuk.

“Tikus-tikus ini menyerang dan merosakkan harta penjara. Jadi, lebih baik kami membuat persiapan awal,” kata Peter Severin, Pesuruhjaya Jabatan Pembaikian NSW.

Severin menambah, sebahagian besar staf bakal ditugaskan ke tempat lain dan tahanan akan dimasukkan ke penjara lain.

Selepas tikus mati dan membusuk akan terjadi masalah lain. Mereka juga akan membuat persiapan tambahan jika perkara tidak diingini berlaku.

Berdasarkan laporan media Australia, serangan haiwan perosak tersebut berlaku sejak pertengahan tahun 2020 lagi.

Sumber: Kompas.com

Atiqah Aliah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.