Siakap Keli
Gambar: KTM Berhad

Selepas 108 Tahun Berkhidmat, ‘Turn Table’ Manual Terakhir Di Tumpat Akhirnya Dibongkar

Setiap benda yang digunakan pasti akan berakhir ‘khidmatnya’ apabila tiba masanya. Selepas itu, ia akan dikenang sebagai sejarah yang menjadi tatapan generasi akan datang.

Begitulah juga dengan dunia pengangkutan di negara kita. Tahukah anda, di Tumpat, Kelantan terdapat sebuah ‘turn table’ lokomotif manual yang masih utuh berdiri di landasan kereta api.

Namun, ia adalah ‘turn table’ manual yang terakhir di negara kita. Hari ini, ia telah dibongkar dan dialihkan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penaiktarafan landasan.

Mari ikuti perkongsian di laman Facebook Keretapi Melayu Berhad (KTM Berhad) di bawah ini.

Turn table manual di Tumpat akhirnya dibongkar

Gambar: KTM Berhad

Turn table manual terakhir di Malaysia yang terletak di Tumpat dibongkarkan pada hari ini, jam 11.30 pagi setelah 108 tahun digunakan. Kerja-kerja pembongkaran selesai dilaksanakan pada jam 1.00 petang.

En. Azman Hasan, Pegawai Operasi Tumpat berkata tujuan ia dibongkarkan adalah untuk memberi laluan kepada kerja-kerja menaik taraf landasan baharu yang menghubungkan Depoh Tumpat ke bahagian pencucian tren.

Turn table tersebut akan ditempatkan ke lokasi baharu sejurus perbincangan lanjut dilakukan sebagai simpanan sebahagian sejarah kereta api untuk tatapan generasi akan datang.

Gambar: KTM Berhad

Untuk rekod, turn table mula digunakan pada tahun 1913 di Depoh Stokereta Tumpat, Kelantan yang pada ketika itu di bawah pentadbiran Federated Malay States Railway (FMSR). Ia dibina di England dan dibawa masuk ke Tanah Melayu oleh Syarikat Patent Shaft & Axletree Engineers Co. Ld.

Fungsi turn table ini adalah untuk memusingkan lokomotif bagi menukarkan arah kedudukan ruang pemandu.

Keunikan turn table ini terletak pada titik graviti yang sangat sempurna, iaitu boleh dipusingkan dengan menggunakan dua hingga tiga orang kakitangan sahaja dalam satu-satu masa.

Keseimbangan graviti membolehkan turn table dapat memusingkan lokomotif dengan mudah sesuai dengan berat beban. Menarik bukan?

Berikut di bawah adalah gambar-gambar proses pengalihannya. Jom kita hayati detik bersejarah ini bersama-sama.

Gambar: KTM Berhad
Gambar: KTM Berhad
Gambar: KTM Berhad
Gambar: KTM Berhad
Gambar: KTM Berhad
Gambar: KTM Berhad
Gambar: KTM Berhad
Gambar: KTM Berhad

Apa kata netizen

Dalam pada itu, ada beberapa netizen yang turut berkongsi pengalaman mereka dengan ‘turn table’ bersejarah ini. Mari ikuti luahan mereka.

“Kalau boleh, sila simpan turn table tersebut…”

“Saya pernah tengok live…”

“Harap disimpan dengan baik di muzium…”

“…..supaya dapat diisytiharkan sebagai warisan nanti..”

Sumber: KTM Berhad

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.