Siakap Keli

Tiga Suspek Dipercayai Pecah Rumah Cedera Parah, Terjun Dari ‘Flyover’ Elak Diberkas Polis

Memetik daripada laporan berita, cubaan tiga orang suspek dipercayai pecah rumah melarikan diri daripada ditahan bukan sahaja gagal malah mereka mengalami kecederaan parah akibat terjun dari laluan bertingkat dalam satu kejadian di Jalan Tampoi hari ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata sebelum kejadian, sepasukan polis sedang menjalankan rondaan di Jalan Seri Orkid berhadapan Hutan Bandar, Taman Mutiara Rini.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 4.45 pagi tersebut, ketiga-tiga suspek yang berusia dari 22 hingga 30 tahun tersebut mengalami cedera patah tangan, bahu dan pinggang.

Tambahnya lagi, pihak polis yang terserempak dengan sebuah kereta Perodua Myvi berwarna biru itu yang dinaiki oleh empat orang suspek sebelum mengarahkan mereka berhenti namun tidak diendahkan arahan tersebut sebaliknya memecut laju menuju ke arah Jalan Skudai.

Bagaimanapun, kereta yang dipandu suspek akhirnya tebabas dan melanggar pembahagi jalan berhampiran pusat membeli belah Angsana Mall Johor Bharu.

Tetapi, semasa penangkapan dibuat, tiga suspek bertindak terjun dari ‘flyover’ dan mengalami cedera parah. Dalam kejadian itu, polis turut merampas pelbagai peralatan antaranya sebuah radio, dua pembesar suara, sebuah mesin pemotong serta dua telefon bimbit dipercayai hasil jenayah.

 

Sumber: Kosmo 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang