Siakap Keli
Gambar: @qstnygi

(Video) “Aku Dengar Bunyi…”, Wanita Panjat Tangga Rumah, Selisih Kelibat Putih Terpacak, Bikin Seram

Tular satu penampakan kelibat aneh yang berdiri berseorangan di dalam galap dalam sebuah rumah.

Menurut perakam video tersebut, dia nekad untuk naik ke tingkat atas rumahnya dan menyiasat sendiri setelah dia terdengar bunyi bising.

Dengan penuh perasaan ingin tahu, dia telah menaiki tangga rumahnya secara perlahan-lahan sambil merakam video.

Sesudah sampai ke bahagian atas rumahnya itu, ketika kameranya menghala tepat ke arah ruangan yang tidak bercahaya, satu lembaga kelihatan berpakaian putih dan berambut panjang secara tiba-tiba muncul tegak berdiri memandang ke arahnya.

Tanpa memikirkan apa-apa, dia terus pusing ke belakang dan meninggalkan kawasan tersebut.

Tidak dapat dipastikan berkenaan kesahihan kelibat sosok yang kelihatan seakan seorang wanita itu, namun seperti yang diperkatakannya dalam video tersebut, ketika kejadian, dia sedang berada secara berseorangan di rumah.

Video tersebut lantas menjadi tular, sehingga kini ianya telah ditonton lebih 170 ribu kali.

@qstnygi

dah aku tak sanggup dah #hantu #seram

♬ bunyi asal – qistina ackerman – qistina ackerman

Sumber: @qstnygi

Aqmal Ezany

I write what is right