AUSTRALIA- Seekor labah-labah ditemui di siling kapal terbang mencetuskan panik pengemudi. Juruterbang terkejut dan membuat mendaratan cemas di Emkaytee Airfield berdekatan Darwin, Australia, lapor New York Post.
Menurut News.com, sebuah video menunjukkan labah-labah besar menjalan di dalam kokpit kapal terbang.
Sean Hancock, penumpang, berkata ukuran labah-labah tersebut dianggarkan sekitar 15cm.
“Dia (juruterbang) panik melihat dan cuba menyusirnya dengan kaki,” kata saksi kepada 9 News.
Difahamakan, terdapat pekerja kapal terbang yang pernah melihat kehadiran labah-labah tersebut beberapa hari sebelum kejadian. Namun, dia menyangka haiwan itu telah pergi.
Sumber: New York Post, News.com