Pernah melihat kapal terbang berlepas dari landasan? Tidak kiralah sama ada di depan mata sendiri atau melalui televisyen dan video di internet sahaja, setiap perincian yang ada pada badan kapal terbang itu pasti akan diperhatikan.
Kalau korang perasan, terdapat satu kipas kecil di bawah kapal terbang atau pesawat yang berpusing ketika ia berlepas.
Pun begitu, apakah fungsi kipas kecil tersebut dan mengapa ia perlu digunakan ketika terbang?

Digunakan ketika kecemasan
Untuk pengetahuan korang, ia sebenarnya merupakan Ram Air Turbine (RAT) atau turbin udara yang dipasang di dalam pesawat yang digunakan sebagai sumber tenaga semasa kecemasan.
Turbin itu disambungkan ke penjana elektrik atau pam hidraulik dan menggunakan aliran udara untuk menghasilkan kuasa dengan tekanan ram dari kelajuan pesawat.

Justeru, lebih banyak tenaga yang akan dihasilkan jika pesawat terbang pada kelajuan yang lebih tinggi dan akan sedikit jika terbang pada kelajuan yang lebih rendah.
RAT hanya digunakan ketika dalam keadaan kecemasan iaitu sekiranya sistem hidraulik tidak berfungsi atau ketiadaan penjanaan elektrik primer. Ia akan memberikan kuasa kepada sistem penting seperti kawalan penerbangan atau peralatan, navigasi dan komunikasi untuk penerbangan.
Selamatkan nyawa dalam situasi kecemasan

Sebahagian RAT pula hanya menghasilkan tenaga hidraulik yang seterusnya digunakan untuk menghidupkan penjana elektrik.
Ia biasanya disimpan di petak pada badan pesawat atau sayap dan dapat digunakan secara manual apabila diperlukan. Ada juga jenis RAT yang digunakan secara automatik setelah penyaman udara tidak lagi berfungsi.
Penggunaan turbin udara itu sangat penting dalam dunia penerbangan kerana ia boleh menjadi penyelamat sekiranya berlaku sebarang kecemasan. Seperti yang telah direkodkan melalui 16 situasi kecemasan iaitu 1,700 nyawa telah terselamat.
@audiomode What is that? #boeing #boeing757