Siakap Keli

(Video) Tak Tahu Apa Punca, Ratusan Ikan Ditemui Mati Di Sungai Damansara, Shah Alam

Gempar. Ratusan ikan ditemui mati di beberapa lokasi sepanjang Sungai Damansara, Shah Alam dan dipercayai hanyut dari arah hulu.

Seorang netizen, Visithra Manikam memaklumkan kejadian tersebut menerusi laman Twitternya tengah hari tadi.

Dalam masa sama, beberapa foto rakaman turut dikongsikan sebagai bukti kejadian.

Berikut di bawah adalah gambar-gambar situasi ikan mati di sana.

Gambar: Twitter
Gambar: Twitter
Gambar: Twitter

Sungai kaya biodiversiti

Jelas Vanikam, sungai ini sangat kaya dengan biodiversiti kerana pelbagai hidupan hidup dalam ekosistem yang seimbang seperti bangau, ikan, biawak dan sebagainya.

Menyedihkan, kelihatan bangau pun turut ‘mencari rezeki’ di sana tanpa mengetahui keadaan sebenar bahawa sungai disyaki sedang dalam bahaya.

Kes disyaki pencemaran sungai

Sementara itu, seorang lagi netizen, Jebat Adura turut melaporkan insiden yang serupa. Jelasnya, kejadian ikan mati ‘besar-besaran’ ini disaksikan di jambatan berhampiran rumahnya di Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) Jaya, Shah Alam hari ini.

Jebat turut berkongsi satu rakaman video memaparkan situasi di sungai tersebut.

Difahamkan, Visithra Manikam dan Jebat Adura sudah melaporkan kejadian disyaki pencemaran tersebut kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) hari ini.

Selain itu, pendedahan ini mendapat perhatian netizen di Twitter, rata-rata mereka turut berpakat membuat aduan kepada JAS agar siasatan segera diambil.

Sumber: Twitter Visithra Manikam / Jebat Adura

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.