Siakap Keli

Viral Pernah Lahirkan 10 Bayi, Wanita Ini Dimasukkan Ke Wad Psikiatri Kerana Didakwa ‘Mereka’ Cerita

Seorang wanita yang pernah tular melahirkan 10 orang bayi dalam satu kehamilan yang sama kini telah dimasukkan ke wad psikiatri kerana didakwa telah ‘mereka’ cerita.

Memetik laporan sumber, pihak berkuasa yang menjalankan siasatan tidak menemui sebarang bukti yang membawa kepada kewujudan kesemua bayi tersebut.

Gosiama Sithole, 37, ditahan di rumah saudaranya di Johannesburg pada awal pagi Khamis setelah dilaporkan hilang oleh pasangannya, Teboho Tsotetsi, lapor The Sun.

Mengimbas kembali, Sithole telah ‘menggemparkan’ dunia apabila menjadi tajuk berita utama setelah mendakwa pernah melahirkan 10 orang bayi dalam satu kehamilan serentak.

Dakwanya, kelahiran ‘ajaib’ tersebut berlaku di sebuah hospital di bandar Pretoria pada 7 Jun lalu, bagaimanapun ia diragui ramai kerana tiada satu pun gambar ‘anak’ yang dikongsikannya.

Gambar: Sithole bersama pasangannyaTeboho Tsotetsi – news.com.au

Malah Jabatan Kesihatan Kebangsaan Afrika Selatan juga turut menegaskan, hasil siasatan mendapati tiada sebarang bukti menunjukkan kelahiran tersebut telah berlaku.

Bagaimanapun, terdapat satu media tempatan menegaskan bahawa kelahiran itu memang berlaku tapi terpaksa disorokkan kerana dipercayai terdapat unsur kecuaian pihak perubatan.

Namun, sehingga kini keberadaan kesemua bayi itu masih tidak diketahui.

Pada masa yang sama, Peguam Sithole, Refiloe Mokoena memberitahu wartawan bahawa Sithole menolak bahawa dia harus dibawa ke Rumah Sakit Tembisa untuk penilaian psikiatri kerana dia masih waras.

“Ketika saya meninggalkan Rumah Sakit Tembisa, saya harus segera mengarahkan perintah pengadilan agar dia dibebaskan,” kata Mokoena.

Difahamkan, tunjuk perasaan terhadap penahanannya akan diadakan oleh saudara-mara, rakan dan aktivis di luar hospital.

Sebelum ini, Sithole didakwa pernah menuduh saudara-mara pasangannya mengutip sumbangan derma daripada orang awam untuk ‘bayi-bayi’ tersebut, namun mereka menafikannya.

Sumber: News.com.au

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.