Siakap Keli

Wanita Pelik Apabila Menerima Ratusan Bungkusan Yang Tidak Dipesannya

NEW YORK- Seorang wanita dari New Yor terkejur melihat ratusan bungkusan misteri yang menghiasi halamannya.

Bungkusan-bungkusan dari Amazon yang dihantar sejak 5 Jun lagi merupakan bungkusan yang tidak dipesan olehnya.

Kebanyakkan bungkusan terpaksa diturunkan oleh truk besar, lapor NBC News.

Jillian Cannan, awalnya menyangkakan bungkusan tersebut dipesan oleh rakan kongsinya. Namun, dia menyedari barangan tersebut miliknya selepas membuka beberapa kotak.

“Ketika kali pertama kali menerima bungkusan, saya menelefon Amazon untuk mengembalikannya semula. Namun, mereka menjelaskan bahawa bungkusan tersebut secara rasminya milik saya,” kata Cannan.

Menurut Kompas.com, kejadian itu tidak terhenti disitu apabila bungkusan lain datang selama beberapa hari ke rumah Cannan.

“Awalnya saya menyangkakan ini sebuah penipuan atau berkemungkinan seorang individu ingin mengosongkan gudangnya,” kata Cannan dalam laporan New York Post.

Disebabkan terlalu banyak, akhirnya Cannan menelefon Amazon kembali untuk menghapuskan pesanan dan alamatnya.

Wanita itu menghadiahkan pesanan tersebut kepada Hospital Kanak-Kanak berdekatan.

“Kami (Cannan dan rakan kongsi) memutuskan ingin membuat bungkusan kecil dan mengagihkan kepada pesakit,” ujarnya.

Sumber: Kompas.com

Atiqah Aliah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.