Siakap Keli

Akak Ni Kongsi Cara Bancuhan Tepung Pisang Goreng Rangup, Syok Buat Minum Petang

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Biasanya kalau waktu petang, agak ‘syok’ juga kan kalau layan pisang goreng sambil hirup kopi o panas, nak-nak waktu tu pula hujan lebat kat luar. Fuh..nikmat.

Alang-alang bercerita pasal pisang goreng ni, apa kata kita ‘follow’ resipi pisang goreng rangup yang dikongsikan Princess Naznin dalam group Masak Apa Hari Ini (MAHN) kat bawah ni.

Jom..selamat mencuba.

Pisang goreng rangup minum petang

Gambar: Princess Naznin

Hujan lebat di Indiana sini. Alhamdulillah biasa jarang hujan lebat sini..hujan rahmat.

Resipi pisang:-

  • Pisang kepok hiris 3

Bancuhan tepung:-

  • 2 cawan tepung beras
  • 7 sudu tepung jagung
  • Sedikit garam
  • Secubit pewarna kuning
  • 1 sudu sucralose sweetener (pakai gula putih biasa je kalau takde, lagipun pisang dah manis)
  • 1 butir telur
  • Air

Kacau sebati bancuhan, jangan cair sangat jangan pekat sangat.

Panaskan minyak, celup pisang dalam bancuhan dan goreng dalam minyak panas.

Nota: Untuk buat crispy atas tu, tuang bancuhan dalam cawan separuh dan isi air separuh lagi. Kacau sebati dan tuang dalam minyak panas sedikit demi sedikit. Pastikan minyak betul-betul panas.

Is donee~

Mungkin ada yang belum tahu, Princess Naznin kini sedang menetap di Indiana, US. Beliau banyak berkongsi pengalaman, rutin harian dan video memasak di siaran Youtubenya, NAZ Lifestyle.

Baru-baru ini, Princess Naznin ada kongsi suasana beli barang dapur di pasar basah di sana. Mungkin agak berbeza dengan kita di sini, jom kita layan video ini.

Sumber: Princess Naznin melalui MAHN / NAZ Lifestyle

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'