Siakap Keli
Gambar: Tiktok @dawners86

“Dia Hanya Ingin Habiskan Masa Dengan Rakan-Rakan,” Wanita Sedih Tiada Tetamu Datang Untuk Sambut ‘Birthday’ Anak

Seorang wanita telah menjemput 22 orang tetamu ke parti ulang tahun anaknya di taman, namun tiada sesiapa pun yang hadir ke parti itu. Keadaan tersebut telah menimbulkan rasa kecewa pada si ibu, lapor Daily Star.

Menurut sumber, peristiwa itu dirakam dan dimuat naik sendiri di akaun Tiktok @dawners86, milik wanita itu. Dia menjelaskan bahawa dia telah mengadakan parti untuk anaknya, JJ yang berusia 6 tahun dan menjemput para tetamu.

Malah, hiasan dan makanan telah disediakan namun dia dibiarkan tertanya-tanya apabila tiada seorang pun yang muncul dan membiarkan anaknya itu bermain keseorangan. Parti itu dipercayai telah pun bermula sejak setengah jam yang lalu.

Katanya, dia kasihan melihat anaknya lalu mengangkat kamera untuk menunjukkan anaknya yang bermain sendirian di taman. Dia turut memahami bahawa keadaan masih dalam pandemik tetapi dia mengatakan tanda sekatan telah dibuka di kawasannya.

Menurut wanita itu, dia telah pun memilih lokasi khusus untuk melangsungkan parti anaknya secara ‘outdoor‘ di taman. Walau bagaimanapun, kehadiran tetamu yang kosong itu menghampakan si ibu.

Tambahnya, “Maaf videonya goyah, saya sangat kasihan dengan anak ini. Dia berhak mendapatkan yang lebih baik. Dia luar biasa.”

Sejak video itu dimuat naik baru-baru ini, peningkatan netizen bertambah sehingga 3.7 juta yang menonton dan seramai 612.7 ribu yang menyukainya. Ramai netizen yang turut merasakan kesedihan yang dilalui dan ada yang menawarkan hadiah untuk kanak-kanak itu.

Walaupun dibanjiri dengan tawaran hadiah, si ibu berkata, “Semua komen dan tawaran untuk membeli hadiah JJ itu sangat dihargai. Tetapi JJ tidak memerlukan mainan, dia hanya meminta dengan sopan sama ada kalian mahu mengirim hadiah tambahan ke hospital kanak-kanak yang paling dekat dengan kamu.”

Wanita itu menyimpulkan: “Dia mempunyai mainan, dia hanya ingin menghabiskan masa dengan rakan-rakan.” Dia dipercayai cuba meminta saudara-mara dan rakan-rakan sekeluarga untuk bertanya sama ada mereka mahu meraikan dengan JJ.

Pada akhirnya, dua buah keluarga tiba untuk membantu menjayakan parti tersebut. Malah, ada yang menghadiahkan JJ dengan mainan buatan sendiri sebagai hadiah hari jadi.

@dawners86

heart broken. #heartbroken #sosad #hurt #wow #lonely #poorguy #sadboy #birthday #happybirthday #omg #cry

♬ SAD – Instrumental – Nhím Stone

@dawners86

Reply to @hales1320 #blessed #birthday #replytocomments #helpothers #childrenshospital #donate

♬ original sound – dawners

Sumber: DailyStar.co.uk, Tiktok @dawners86

Nurul Nabila

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.