Siakap Keli
Gambar: Jabatan Meteorologi Malaysia

Gempa Bumi Berkekuatan 5.8 Skala Richter Melanda Laut Banda, Indonesia

Gempa bumi sederhana berskala Richter 5.8 dilapor melanda Laut Banda kira-kira jam 10.24 pagi waktu tempatan, sebentar tadi.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, gegaran yang berpusat di latitud 6.1 darjah Selatan dan longitud 128.3 darjah Timur itu menghasilkan gegaran berkedalaman 346 kilometer.

Jarak kejadian gempa dikatakan berada pada 265 kilometer Selatan dari Ambon, Indonesia.

Walau bagaimanapun, MET Malaysia mengatakan tiada ancaman tsunami yang berlaku kepada Malaysia.

Sumber: Twitter @metmalaysia

Nurul Nabila

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.