Siakap Keli
Gambar Hiasan via Google

Gusar Masalah Kulit Menggelupas? Ini Antara 8 Petua Nak Atasi Kulit Kering

Kulit yang kering pasti menimbulkan kegusaran bagi sesetengah orang yang mengalaminya terutamanya di kawasan muka. Ditambah lagi, masalah tersebut juga membimbangkan kerana kulit boleh menggelupas disebabkan kulit kering.

Walaupun jarang keluar dari rumah dan kurang terkena sinaran matahari, namun berada di rumah juga boleh menjadi punca kulit kita menjadi kering terutamanya apabila tidak melakukan penjagaan rapi pada kulit.

Maka, bagi mengatasi masalah ini, Kementerian Kesihatan Malaysia telah berkongsi lapan petua kepada mereka yang mengalami kulit yang kering.

Berdasarkan poster yang bersumberkan comms@moh ini, antara petua mengatasi kulit kering ialah minimumkan solekan, banyak minum air kosong dan juga makan lebih sayur dan buah-buahan.

Ikuti perkongsian penuh petua ini di bawah.

Sumber: Twitter @KKMPutrajaya

Nurul Nabila

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.