Siakap Keli
Gambar sekadar hiasan

India Cadang Guna Dron Untuk Hantar Vaksin Pada Jarak Jauh

INDIA- Dilaporkan India kini sedang melakukan ujian percubaan untuk menghantar vaksin serta ubatan dengan menggunakan dron pada jarak jauh.

Menurut AFP, kerajaan India kini sudah mengizinkan 20 persatuan dan syarikat untuk memulakan latihan penerbangan dron.

Sebelum ini, India hanya mengizinkan penggunaan dron pada jarah 450 meter agar tetap dapat dipantau.

Salah satu syarikat yang mendapatkan keizinan kerajaan untuk melakukan percubaan tersebut adalah Throttle Aerospace Systems. Mereka kini telah menguji dua dron.

Sebastian Anto, pengasas Throttle berkata salah satu dron yang diuji mampu membawa hingga satu kilogram barangan dan mampu terbang hingga 20 kilometer dalam masa sejam.

Oleh itu, kerajaan India kini telah membuka peluang kepada syarikat-syarikat yang berminat mengikuti program tersebut.

Namun menurut Kompas.com, tiada maklumat terperinci bila dilaksanakan projek itu.

Sumber:  Kompas.com

Atiqah Aliah