CALIFORNIA- Kembar tiga dilahirkan hanya berjar empat minit dan kini mereka bakal melahirkan bayi dalam waktu terdekat.
Gina, Nina dan Victoria dijangka melahirkan bayi dalam tempoh empat bulan mendatang. Dijangka bayi yang bakal dilahirkan dua bayi lelaki dan seorang bayi perempuan, lapor CBS Los Angelas.
“Saya dilahirkan paling awal dan bakal mempunyai seorang anak perempuan bernama Leighton Grace, kata Gina.
“Saya pula dilahirkan empat minit selepas Gina dan bakal mempunyai seorang anak lelaki bernama Hendrix Paul,” kata Nina pula.
“Saya adik bongsu dilahirkan empat minit selepas Nina. Saya bakal mempunyai anak lelaki yang diberi nama Zaden Seth,” kata Victoria.
Dijangka, Victoria akan melahirkan dalam tiga minggu.
Kembar tiga itu kini berusia 35 tahun bakal melahirkan pada Julai, Ogos dan november tahun ini.
Mereka juga raikan hari bahagia itu dengan memakai kembali pakaian yang serupa sewaktu mereka kecil.
Seterusnya, mereka turut mendaftar di hospital sama iaitu di Hospital Pakar Puan di Bukit Laguna bersama Doktor Daniel Sternfeld, lapos CBS LA.
“Mereka mendaftar pada hari yang sama. Kisah ini sungguh indah kerana kembar mempunyai anak pada waktu yang sama walaupun anak mereka berbeza bulan kelahiran,”
Sumber: CBS