Siakap Keli

Maybank Akan Lakukan Penyelenggaraan Malam Ini, Beberapa Servis Terlibat Termasuk ATM, FPX & Maybank2u

Maybank memaklumkan akan membuat penyelenggaraan harian antara 11.30 sehingga 11.59 malam Khamis, 24 Jun 2021 bagi memberi ruang kepada pelanggan untuk membeli belah pada tengah malam.

Perkhidmatan yang dijangka terlibat ialah seperti berikut:

  • Maybank2u, aplikasi MAE, QRPayBiz & Wealth
  • Bayaran atas talian FPX
  • Transaksi kad debit
  • Mesin layan diri (ATM, CDM dan mesin deposit cek)

Untuk sebarang maklumat lanjut, hubungi [email protected].

Sumber: Maybank

Amira

Love yourself.