INDIA- Seorang pelajar kejururawatan umum tahun ketiga yang berasal Thrissur mempunyai bakat bertentangan dengan bidangnya iaitu melukis.
Dia mampu melukis dengan kedua tangannya, kaki serta mulutnya secara serentak.
Menurut India.com, dia bosan kerana perintah berkurung pada tahun lalu. Dia berfikir untuk melakukan sesuatu pada waktu lapang selepas kelas dalam taliannya tamat.
“Ketika itu saya cuba melukis karikatur dan tak lama kemudian saya tertarik dengan lukisan. ” kata Divya kepada agensi berita IANS.
Lebih menggembirakan apabila keluarganya menyokong minatnya. Ibu bapa serta adik perempuannya sentiasa memberi sokongan moral.
“Tahun lalu saya cuba melukis dengan tangan kiri. Manakala tahun ini, saya cuba meletakkan pen marker di kaki kanan dan kemudian kaki kiri saya. ”
“Saya tak sangka ianya dapat menghasilkan lukisan yang baik,” tambah Divya.
Disebabkan itu, dia mencuba lagi dengan meletakkan pen marker dimulutnya.
“Sejak hari itu, saya mula melukis dengan lima pen marker dan melukis gambar orang yang sama tetapi berbeza gaya,” kata Divya.
Sumber: India.com