Siakap Keli
Gambar: Metro UK

Rasa ‘Terganggu’, Penduduk Ini Potong Separuh Pokok Yang Masuk Ke Halaman Rumahnya

Disebabkan rasa terganggu dengan pokok yang turut memasuki ruang halaman rumahnya, pasangan warga emas di kejiranan ini bertindak memangkas sebahagian daripada pokok tersebut.

Perkara itu adalah kerana pasangan berusia 70-an di Sheffield, England itu rasa terganggu dengan bunyi burung dan yang mengotorkan halaman mereka.

Lapor Metro UK, kedua-duanya memutuskan untuk mencantas dahan pokok fir berusia 25 tahun yang terletak di antara rumah mereka dengan jiran.

Kata jiran, pasangan itu merungut gara-gara burung-burung yang bertenggek dikatakan telah berbuat bising dan mengotorkan halaman mereka.

“Pokok itu dah berada di situ selama 25 tahun dan kami telah pangkas menjadi bentuk bulat dengan persetujuan jiran.

Gambar: Metro UK

“Tapi baru-baru ini banyak burung singgah di pokok itu. Dia mula letakkan plastik hitam pada pokok untuk halang burung bertenggek di sana,” katanya.

Bagaimanapun, kerana tidak tahan, pasangan warga emas itu telah memaklumkan ingin menebang pokok tersebut kepada jirannya.

BACA: Anda Boleh Dapat Bekalan Runcit Percuma Selama 6 Bulan, Ini Caranya

“Minggu lalu dia cakap ingin panggil orang untuk tebang pokok dan kami cakap tak perlu. Tapi mereka datang pada Jumaat dan berbuat begitu.”

“Puas kami pujuk, tapi mereka telah membuat keputusan,” kata lelaki berkenaan yang mencadangkan agar memasang net pada pokok tersebut.

Pun begitu, walaupun cadangan ditolak, mereka menghormati tindakan pasangan warga emas tersebut.

“Saya percaya mereka ada hak untuk memotong apa sahaja yang tergantung ke halaman mereka.”

Gambar: Metro UK

Sumber: Metro UK

BACA: Cadangan KPM Murid Kelas Peperiksaan Diberi Vaksin Pfizer Dipersetujui

Amira

Love yourself.