Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, pelajar dari pelbagai institusi pengajian menjalani kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Majoriti pelajar kini meneruskan pengajian dari rumah masing-masing.
Kalau di asrama atau kolej kediaman, pihak institusi pengajian akan cuba sebaik mungkin untuk mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk belajar. Meja belajar akan disediakan kepada pelajar untuk menelaah pelajaran dengan lebih selesa.
Berbeza pula dengan belajar di rumah, tak semua pelajar ada kelengkapan sebegini. Nak beli meja belajar sekarang pun kedai perabot tak bukak.
Oleh itu, seorang pelajar melalui akaun Tiktoknya @rasyidahragh menunjukkan study table yang didapatkannya dari Shopee. Meja belajar ni sangat praktikal sebab senang nak pasang, dan siap ada rak buku lagi.
Kata Rasyidah, harga seunit meja belajar ni pun tak sampai RM100. Memang sangat sesuai untuk pelajar yang tengah ODL.
@rasyidahragh 89 je ,worthhh sgt! #studytable #esekeli #PepsiMYxBLACKPINK #shopeecheck #studytabledecor #mejastudycheck #shopeemy #racunshopeecheck #fypシ #xyzbca
Nak dapatkan meja belajar macam ni, boleh dapatkan di sini.
Sumber: TikTok @rasyidahragh