Di musim pandemik ini, dapat dilihat bahawa ramai orang sedang kesempitan untuk meneruskan kehidupan mereka.
Ada yang kena potong gaji, ada yang kena buang kerja dan ada juga yang perniagaannya terpaksa ditutup sepenuhnya gara-gara tidak mampu lagi untuk menampung kos sewa, gaji pekerja dan sebagainya.
Kesan daripada itu, ramai orang yang tidak cukup makan, tidak cukup duit untuk membeli barangan keperluan serta ada juga yang sakit dan tidak mampu untuk membayar kos ubat-ubatan.
Seperti kisah yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter bernama @anne_nma ini. Semasa dia pergi klinik untuk menghantar ayahnya yang sakit, dia telah menjadi saksi kepada insiden yang mengundang sebak.
Bagi mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:
Malam tadi, 22 June, kejadian berlaku dalam pkul10 lebih. Aku pegi klinik, hantar ayah sebab sakit batu karang. Klinik semua dah tutup, yang bukak Pusat Perubatan Intan je. Sebab dorg bukak 24Jam. Aku tunggu ayah masuk jumpa doctor dpn entrance klinik. pic.twitter.com/UsaOtIpg8L
— 🦄🇲🇾 (@anne_nma) June 23, 2021
Tiba2 aku dengar kakak kat kaunter ubat, tgh sembang dgn org farmasi. Farmasi tu betul2 depan pintu masuk klinik. Ada sorg kakak nak bayar ubat anak dia.
— 🦄🇲🇾 (@anne_nma) June 23, 2021
Aku tgk kakak tu tya org farmasi berapa ringgit total ubat anak dia. “Semua skali RM60++.” Sambil dia hulurkan ubat kat kakak tu. And kakak tu tunjukkan 1 card. “Boleh tak saya nak guna card ni?” pic.twitter.com/FlazrP93vk
— 🦄🇲🇾 (@anne_nma) June 23, 2021
Puan farmasi tu bgtau kakak dpn dia.. “kat sini tak terima card ni.” Muka kakak tu berubah, sambil tinjau suami dia kat blkg. Muka dia sedih. And tiba2 dia ckp.. “takpe la. Sy takde duit. Sy taknak ubat..” aku terkejut dgr.. sambil jeling skit2 tgk dia ckp ngan org farmasi tu.
— 🦄🇲🇾 (@anne_nma) June 23, 2021
“Eh mana boleh. Awk tak kesian ke anak awk sakit. Takpe. Ambik la ubat ni. Simpan card tu. Takpe sy bayarkan..” Puan farmasi tu mcm terjerit2 sbb kakak tu dah nak lari 😭
— 🦄🇲🇾 (@anne_nma) June 23, 2021
Dia pusing belakang, pegi dekat suami dia ambik anak. Anak dia dlm 1 tahun ++ cmtu. Dia dtg balik kaunter farmasi sambil tgk2 suami dia kat belakang.
— 🦄🇲🇾 (@anne_nma) June 23, 2021
“Takpe ke? Sy tak boleh bayar ni..” 😔😣 and puan farmasi tu ckp lagi skali yg dia akan byrkan. Ambik je ubat tu. Dia ambik, dan tak henti2 ckp terima kasih. And dia gerak pegi kat suami dia. Dah takde dia kat situ. Aku keluar tggu ubat ayah.
— 🦄🇲🇾 (@anne_nma) June 23, 2021
Aku tgk dia naik motor gerak dgn suami dia. 😭 dia naik motor honda lama yg ada lampu bulat tu. Dah sampai turn aku, aku pun buat2 sembang dgn puan farmasi tu. Aku tya kakak td bg card apa. Dia ckp card tu card bantuan kerajaan. Ada klinik terima, tp kat situ tak terima..
— 🦄🇲🇾 (@anne_nma) June 23, 2021
Aku taktau tu card apa. Sbb mcm tak penah dgr. And aku tya kot aku blh tlg kakak tu byr. Kirakan skali dgn ubat ayah aku tu. Puan farmasi tu berulang2 kali ckp, “takpe2 ubat dia sy byrkan. Takpe la. Kesian dia.” 😢
— 🦄🇲🇾 (@anne_nma) June 23, 2021
Utk puan farmasi di Pusat perubatan Intan, Kuala Terengganu. Sy doakan puan dimurahkan rezeki sebab tlg kakak dan anak dia malam tadi! Semua org tgh struggle skrg. Puan adalah hero di mata sy malam tadi! 💪 😔😔
— 🦄🇲🇾 (@anne_nma) June 23, 2021
Sumber: @anne_nma