Siakap Keli
Gambar: Bernama

TERKINI: 5,841 Kes COVID-19 Baharu Dilaporkan Pada Hari Ini, Selangor Paling Tinggi

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat 5,841 kes baharu positif COVID-19 yang dicatatkan pada hari ini.

Menerusi ciapan di akaun Twitter rasminya itu, 5,841 kes yang dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dilaporkan di Malaysia meningkat kepada 716,847 kes.

Daripada kes yang dilaporkan pada hari ini, Selangor sekali lagi merekodkan jumlah positif harian tertinggi dengan mencatatkan sebanyak 2,072 kes.

Negeri Sembilan pula merupakan negeri kedua tertinggi dengan mencatatkan sebanyak 781 kes.

Sarawak di tangga ketiga dengan 581 kes manakala Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berada di kedudukan keempat tertinggi dengan mencatatkan sebanyak 552 kes.

Rata-rata negeri di Malaysia masih lagi mencatatkan ratusan kes pada hari ini kecuali Terengganu, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Perlis.

Sumber: Noor Hisham Abdullah

Aqmal Ezany

I write what is right