Siakap Keli
Gambar: fakta.indo

(Video) Tular Fenomena ‘Ombak’ Api Menjalar Di Persisiran Pantai Sulawesi Cetus Tanda Tanya, Gemparkan Penduduk Tempatan

Tular satu rakaman yang memaparkan ombak berapi menjalar di persisir pantai menggemparkan penduduk Sulawesi.

Fenomena unik itu dilaporkan berlaku pantai Kampung Baru, Sulawesi Tengah, Indonesia pada baru-baru ini.

Dalam rakaman video tersebut, api dapat dilihat menjalar di sepanjang persisir pantai berkenaan.

“Air laut keluar api gais. Ombak api,” kata lelaki yang merakam video tersebut.

Ada yang mempersoalkan tanda-tanda akhir zaman, namun ada juga di antara mereka yang berfikir secara positif dengan menyatakan bahawa api itu mungkin berounca daripada tumpahan sisa minyak.

“Kalau dah sampai boleh menyala dalam air, bukan ke bermakna ianya disebabkan oleh sisa minyak?” ujar seorang warganet.

“Mungkin tumpahan minyak, lepas tu terkena rokok,” kata warganet yang lain.

Sehingga berita ini ditulis, belum diketahui lagi berkenaan apakah punca yang menyebabkan fenomena ombak api di Sulawesi Tengah itu terjadi.

 

 

Sumber: Makassar.Terkini.id

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.