Tentera laut US baru-baru ini dilapor memulakan ujian terhadap kapal pengangkut pesawat (aircraft carrier) terbaharunya, USS Gerald R. Ford.
Ujian pertama yang dilancarkan adalah meledakkan letupan ‘gergasi’ di tengah lautan untuk menunjukkan bahawa ia sudah bersiap-siaga untuk berperang.
Memetik laporan CBS News, letupan tersebut berlaku dengan sangat dahsyat hingga impak gegarannya menyamai gempa bumi bermagnitud 3.9 pada skala Ritcher dan mencapai hingga 40,000 pound ledakan.
Satu rakaman video ujian tersebut dimuat naik ke laman Twitter, menunjukkan percikan air laut yang kuat bagaikan ledakan atom ke sebahagian besar perairan berkenaan.
Kejayaan US yang mempamerkan ‘taring’ aset ketenteraannya itu mencuri perhatian ramai, dalam masa sama turut mendapat pelbagai maklum balas daripada netizen.
Walaupun nampak begitu mengganas, namun ada antara mereka berpendapat bahawa letupan ‘gergasi’ itu tidak lebih daripada sekadar memusnahkan hidupan marin.
Money for Healthcare- NO
Money for Education- NO
Money for the poor- NO
Money for Warships that could withstand a 40,000-pound explosive in a war against a poor country with no military and that can simultaneously destroy our ecosystem 😀✅pic.twitter.com/V8sZVW5E0h
— StanceGrounded (@_SJPeace_) June 23, 2021