Siakap Keli

751 Kubur Tak Bertanda Di Temui Di Sekolah Berasrama Abad-19 Di Kanada

OTTAWA- nyak 751 buah kubur tidak bertanda ditemui di sebuah sekolah berasrama di Saskatchewan, Kanda yang beroperasi pada abad-19.

Cadmus Delorme, Ketua Cowessess First Nation, mengatakan bahawa penemuan kubur tak bertanda itu di sekolah berasrama Marieval Indian atau dikenali sebagai Grayson.

Penemuan itu melalui radar penembus tanah yang dilakukan pada 2 Jun.

Menurut Kompas.com, penemuan ratusan kubur itu dikatakan sebagai “tempat kejadian terjahat” terjadi hanya beberapa minggu selepas penemuan kejadian serupa di Britain Columbi.

Dilaporkan, pada abad ke-19 lebih dari 150,000 kanak-kanak First Nation dipaksa masuk ke sekolah tersebut sebagai sebahagian dari program yang dilaksanakan.

Mereka tidak dibenarkan bercakap dalam bahasa ibunda mereka. Kebanyakkan mereka dipukul dan ribuan yang mati kerana penyakit, penderaan dan bunuh diri.

Namun, tidak diketahui identiti kubur-kubur yang ditemui itu, kata Delorme.

Sumber: Kompas.com

Atiqah Aliah