Siakap Keli
Foto: Aiman Paku

Demi Nak ‘Hadir’ Kelas Online, Murid Duduk Kat Luar Rumah Ditemani Adik Nak Dapat Capaian Internet

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Musim pandemik sekarang ini memberi cabaran kepada pelajar-pelajar sekolah mahupun universiti. Paling mencabar apabila mereka terpaksa menanggung kepayahan mencari internet untuk menyiapkan kerja sekolah.

Seperti kisah adik comel ini, terpaksa keluar dari kawasan rumah semata-mata untuk mendapatkan capaian internet yang bagus. Bukan dirumahnya tiada internet tetapi ‘line’ tidak beri kerjasama.

Menerusi laman Twitter Aiman Paku menunjukkan gelagat dua beradik ini mencuri perhatian orang ramai apabila si abang terpaksa berada di tepi jalan untuk berkomunikasi bersama guru semasa sesi PdPR. Manakala adiknya setia menemani abangnya bersama-sama ‘motosikalnya’.

Nasib adik datang naik moto teman kat tepi…

Sian anak sedara aku, nak dapat internet punya pasal untuk kelas online. Duduk la kat luar rumah rumahnya kat tengah ladang sawit. Line tak kuat. Nasib adik datang naik moto teman kat tepi. Best of luck Afiq Ho.

Saya share gambar ni sebab nampak comel budak-budak ni kat luar study. Bukan meraih simpati cakap diorang ni orang susah ke apa ya. Mereka bahagia je hidup kat situ, cukup makan pakai. Internet je kureng.

Dalam rumah dapat je internet kalau nak Whatsapp. Tapi untuk dapatkan video kelas yang jelas dan terang tu, kurang la. Sangkut-sangkut. Jadi dia pun duduk la diluar dengan harapan tak sangkut-sangkut cikgunya bercakap tu. Mohon netizen jangan marah ya.

Katanya, ibu dan ayah kanak-kanak ini sentiasa pantau pergerakan mereka di luar dan jalan ini bukanlah jalan utama penduduk kampung di situ. Ianya selamat.

 

Sumber: Aiman Paku

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang