Siakap Keli

Pemburu Hantu Terserempak Dengan Kembar The Shining

UNITED KINGDOM- Pasangan pemburu hantu mengatakan menjumpai dua roh kanak-kanak sewaktu bermalam di Hotel Adelphi.

Pasangan suami isteri, Lee, 55 tahun dan Linzi Streer, 52 tahun, membuka akaun Facebook ‘Ghosts of Britain’ untuk menunjukkan aktiviti mereka.

Baru-baru ini mereka hotel tersebut pada 22 Jun kerana diketahui dengan peridtiwa seram yang menghantui penghuninya.

Menurut liverpoolcho.co.uk, mereka menginap dibilik 105. Mereka menggunakan bilik itu kerana pernah digunakan oleh pemburu hantu yang lain sebelum mereka.

“Salah satu benda yang pelik adalah lif. Ia akan terbuka dan tertutup sendiri walaupun tiada orang.”

“Kami turut mendengar siulan dari lif dan cakaran sewaktu kami dalam bilik,” kata Lee.

Mereka merakamkan aktiviti mereka dan memuatnaik di Facebook mereka.

Menurut Linzi, dia hanya menyedari dua roh kanak-kanak tersebut apabila diberitahu oleh pengikutnya yang menonton video yang dimuatnaik.

“Ia mengingatkan saya pada kembar The Shining,” tambah Linzi.

Terdapat juga kejadian aneh lain seperti bilik tidur mereka sejuk tetapi bilik mandi hangat dan suhu bilik akan berubah-ubah.

Sumber: liverpoolecho.co.uk

Atiqah Aliah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.