Siakap Keli

Satu ‘Family’ Ni Setiap Hari Buat Live Memasak Tiba-Tiba ‘Hilang’ Timbulkan Tanda Tanya Kepada ‘Followers’

Siapakah keluarga ini? Mengapa kehilangan mereka dirindui ramai?

Bersahaja, mencuit hati, penuh dengan humor serta komunikasi menggunakan dialek Melaka dan Negeri Sembilan sambil memasak pelbagai jenis masakan enak dalam kuantiti yang besar gabungan suami isteri, Aleeya Zailan dan Azri Aziz yang dikenali sebagai ‘Big Boss’ dengan dibantu oleh 3 orang ‘helper’ menjadikan keluarga Avenys ini sentiasa meniti dari bibir ke bibir warga maya yang terdiri dari pelbagai bangsa dan peringkat umur ketika ini. 

Live mereka di Facebook, Instagram dan YouTube sentiasa dinantikan oleh semua peminat. Sikap mereka berdua yang peramah, mesra dan menghiburkan bersama 3 orang cahaya mata seringkali mencuri hati warga maya dan membuatkan peminat sentiasa ternanti-nanti akan kemunculan mereka pada live berikutnya.

Big Boss yang terkenal dengan aksi ‘tambah garam dalam masakan secara curi-curi’ serta sikap lurus Aleeya dengan tagline ‘hawau’ menjadikan pasangan ini dekat dihati peminat. Disamping mereka berdua, anak bongsu pasangan ini yang berusia 2 tahun juga semakin diminati dan dirindui. Alicia fasih berbahasa Inggeris dan sering mengungkap perkataan ‘are you kidding me?’  Aksi mesra yang ‘tidak dibuat-buat’ ini menjadikan penonton melekat di kaca screen kadangkala sehingga 1 jam setengah.

Namun, keletah dan celoteh keluarga ini tiba-tiba hilang dari radar dan ‘sepi’ beberapa hari menjadi tanda tanya kepada semua peminat. Posting terakhir di Instagram Aleeya Zailan meminta orang ramai supaya mendoakan kesejahteraan diri dan keluarga membuatkan pengikut berteka-teki untuk mengetahui apa yang terjadi disebalik kehilangan mereka.

Ramai yang meluahkan rasa rindu dengan kemunculan mereka dan tidak sabar untuk menantikan ‘live’ terkini. Namun sehingga ketika ini masih tiada apa-apa lagi perkembangan terkini dikongsi dari pihak mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aleeya Zailan (@aleeyazailan)

Setiap live mereka ditonton 12,000 ‘online viewer’ dan jumlah tontonan video selepas tamat siaran melebihi 2,000,000 kali.  Ternyata pasangan ini amat disayangi dan mencuri hati sesiapa sahaja yang menonton walaupun untuk pertama kali. Keluarga ini mula aktif bersiaran langsung dan berkongsi resepi masakan dan aktiviti keluarga di Facebook, Instagram dan YouTube sejak beberapa tahun lalu.

Nur Farra