Ketika waktu pandemik COVID-19 ini, tidak dinafikan begitu ramai orang terkesan ‘poketnya’. Sebilangan besar kehilangan pekerjaan sehingga terpaksa memerah kudrat mencari rezeki dari sumber-sumber lain.
Antaranya seperti kes yang berlaku baru-baru ini melibatkan seorang individu yang nekad terjun bangunan sehingga meninggal dunia akibat kemurungan kerana perniagaan yang diusahakannya tidak berjaya. Ianya mengejutkan ramai, entah siapa pula yang akan mengambil tindakan di luar kotak fikiran kerana tidak mampu lagi meneruskan kelangsungan hidup.
Semalam, Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng berkongsi pengalaman bertemu tiga orang lelaki yang sedang memancing ikan di sebuah sungai.
Sekali pandang, mungkin sekadar ‘memancing ikan’. Tapi sebenarnya mereka semua terpaksa memancing kerana tiada duit untuk membeli makanan… dan lebih perit, rupanya mereka telah hilang pekerjaan semenjak PKP.
Terserempak dengan 3 org jejaka yg sdg memancing di sg.
They have to resort to this because they dont have money to buy food & have been jobless since last mco.
— LIM LIP ENG (@limlipeng) June 24, 2021
Bak kata pepatah, kasi pagi makannya waktu pagi. Kais petang, makannya waktu petang. Tiada apa yang lebih melainkan ikan-ikan yang ditangkap itu hanyalah untuk santapan mereka bertiga.
Ikan2 mereka tangkap adalah utk makan di antara mereka sahaja.
— LIM LIP ENG (@limlipeng) June 24, 2021
Netizen pun turut simpati
Ciapan YB Lim Lep Eng ini menerima hampir 3,000 ‘Retweet’ dan lebih 3,400 ‘Likes’, rata-rata netizen turut bersimpati melihat nasib mereka.
Teringat tahun lepas dulu kat Pasir Mas masa PKP. Si Suami ditemui mati lemas tatkala turun tangkap ikan di sungai atau tali air untuk dibuat lauk keluarganya setelah di berhentikan kerja sebagai pemandu lori.
Beliau tinggalkan Isteri dan beberapa orang anak yang masih kecil.
— Abu Auni 🇲🇾💞 (@NAF_virtue) June 25, 2021
“Teringat tahun lepas dulu kat Pasir Mas masa PKP. Si suami ditemui mati lemas tatkala turun tangkap ikan di sungai atau tali air untuk dibuat lauk keluarganya setelah diberhentikan kerja sebagai pemandu lori. Beliau tinggalkan isteri dan beberapa orang anak yang masih kecil,” – Abu Auni.
Ni yg nampak.. Yg tak nmpak.. Faham sgt2 org yg kena buang kerja dri pkp 1.0 pagi.. Sebb kena kat batang hidung sendiri.. Korek duit sana sini asal dpt mkn dan byar mana yg patut dahulukan.. Kerja memg Bnyak.. Tapi kemampuan kita pulak.. Tanggungjawab kena fikir jugak..
— Cak_aiEn👯 (@alongAien) June 24, 2021
“Ni yang nampak, yang tak nampak..faham sangat-sangat orang yang kena buang kerja dari PKP 1.0 lagi. Sebab kena kat batang hidung sendiri. Korek duit sana-sini asal dapat makan dan bayar mana yang patut dahulukan. Kerja memang banyak, tapi kemampuan kita pulak, tanggungjawab kena fikir juga..” – Along Aien
Sy pun nak pegi memancing utk my cat makan tapi takut kena saman. I have 9 kitty & 2 mommy cat yg kuat makan. Semalam terpaksa buat bubur nasi utk my cat makan. 😭
— 🐢 (@m3cryn) June 25, 2021
“Saya pun nak pergi memancing untuk kucing saya makan tapi takut kena saman. Saya ada sembilan anak kucing & 2 ibu kucing yang kuat makan. Semalam terpaksa buat bubur nasi untuk kucing saya makan,” – M3cryn
Sumber: Twitter Lim Lip Eng