Siakap Keli
Gambar Via Liyana Mohd Poad

Tak Perlu Tanah Luas, Wanita Kongsi Cara Mudah Nak Tanam Serai, Hanya Guna Pasu & “Polybag”

Serai merupakan tanaman yang sering digunakan di dalam masakan, bagi yang berada di kawasan kampung, mungkin tiada masalah untuk mendapatkan serai dengan mudah. Tanam sahaja di belakang rumah.

Pun begitu, berbeza pula bagi yang berada di kawasan bandar kerana tidak mempunyai tanah yang lapang untuk menanamnya. Justeru, ia hanya dibeli di kedai atau pasar raya.

Walau bagaimanapun, anda sebenarnya boleh menanam serai di dalam pasu atau polybag dengan cara yang betul.

Perkongsian oleh Liyana Mohd Poad di Facebook ini ada menerangkan mengenai cara mudah untuk menanam serai tersebut. Ikuti perkongsiannya di bawah ini. Semoga bermanfaat!

Cara Mudah Tanam Serai

Serai antara tanaman yang paling mudah untuk ditanam & mudah penjagaannya. Ada 2 kaedah yang lazimnya digunakan untuk menanam serai. Pertama menggunakan kaedah tanam terus serai yang sudah berakar dan yang kedua melalui kaedah pangkal serai yang dipotong serong kemudian direndam di dalam air sehingga berakar dan bertunas barulah ditanam.

Ikuti cara di bawah.

  • Sediakan beberapa batang serai. Boleh potong dalam ukuran sejengkal atau ukuran pendek lebih kurang seinci. Potong serong serai tersebut supaya mudah bertunas.

 

  • Serai yang telah dipotong hendaklah direndam di dalam air selama beberapa hari untuk mengeluarkan akar dan tunas.

  • Sediakan media tanaman iaitu topsoil + cocopeat + pasir. Jika tiada topsoil boleh guna tanah organik @ tanah 6 in 1.
  • Tanam serai dalam bentuk menyerong bukan menegak supaya cepat mengeluarkn tunas tunas yang baru. Tanam di tempat yang panas supaya pokok serai cepat mmbesar. Siram dua kali sehari. Baja yang sesuai untuk serai ialah tinja ayam dan tinja kambing proses. Mol roti juga sangat sesuai. Nanti gemuk-gemuk serainya.

  • Serai ambik masa selama 3-6 bulan untuk membentuk rumpun yang cantik.

Selamat mencuba.

Sumber: Liyana Mohd Poad

Sofea

There's always another side to every story