Siakap Keli

”Tutup Lubang Sinki Dan Tadah Air…” Ini Cara ‘Maintenance’ Sinki Elak Tersumbat Paling Senang

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Antara masalah dalam rumah yang kerap terjadi ialah sinki tersumbat, betul tak? Terdapat banyak punca macam mana ia berlaku dan salah satunya ialah sisa makanan yang terbuang.

Kadang-kadang kita tak tahu pun ‘apa’ yang ada dalam saluran sinki selama ini sampailah pada hari ia tersumbat, baru tahu “Oh..penuh dengan sisa minyak rupanya..”

Sebab itulah sinki kena sentiasa diselenggara sekurang-kurangnya sebulan sekali. Tahukah anda, ada satu cara paling senang nak selenggara sinki, tak perlu beli apa-apa peralatan pun.

Percaya tak? Jom ikuti perkongsian Kamal Hamid dalam group Tukang Apa Hari Ini (TAHI) di bawah ini.

Tips maintenance sinki elak tersumbat

Gambar: Kamal Hamid

Ada seorang plumber ni pernah bagi tips maintenance sinki untuk elak tersumbat.

Tutup lubang sinki dan tadah air dalam sinki semaksimum mungkin. Dah penuh, lepaskan serentak..buat at least sebulan sekali.

Memang jadi!

InsyaAllah memang sinki susah nak tersumbat. 

Daya tolakan air yang kuat ni flush semua kotoran dalam saluran..dan takda kesan kat sinki berbanding pakai asid atau bikarbonat.

Sumber: Kamal Hamid melalui TAHI

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'