Siakap Keli
Gambar: UEFA

UEFA Ambil Keputusan Hapus Peraturan Gol Tempat Lawan, Bermula Musim 2021/22

Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) mengumumkan penghapusan peraturan gol tempat lawan dalam semua perlawanan saingan Eropah berkuatkuasa bermula musim 2021/22.

Peraturan ini diperkenalkan pada tahun 1965, di mana ia menentukan pemenang aksi timbal balik sekiranya keputusan adalah seri secara agregat.

Sebelum ini, pasukan lawan yang berjaya menjaringkan gol lebih banyak daripada pasukan tuan rumah selepas seri dalam aksi timbal balik dianggap pemenang. Kini, ia digantikan dengan masa tambahan dan kemudian penalti.

Menurut Presiden UEFA, Aleksander Ceferin, perdebatan untuk memansuhkan peraturan gol tempat lawan ini sering timbul dalam mesyuarat UEFA beberapa tahun terakhir.

“Impak peraturan sekarang bertentangan dengan tujuan asal, malah menggalakkan pasukan tuan rumah daripada menyerang, terutamanya di babak pertama kerana takut membuka peluang kepada pasukan lawan.

“Saya boleh katakan kelebihan sebagai tuan rumah kini tidak lagi penting.

“Mengambil kira gaya permainan Eropah, dan pelbagai faktor menjurus kepada kurangnya kelebihan sebagai tuan rumah, Jawatankuasa Eksekutif UEFA mengambil keputusan menghapuskan peraturan gol tempat lawan,” ulas Ceferin.

Sumber: ESPN

Eyla Azri