Iklan makanan segera di United Kingdom (UK) dilapor akan diharamkan siarannya di kaca televisyen selepas jam 9 malam.
Menteri kesihatan awam, Jo Churcill berkata, itu adalah usaha pihak kerajaan untuk menangani masalah obesiti dan menyeru pengamalan gaya hidup lebih sihat.
“Isi kandungan iklan (makanan segera) yang ditayang akan memberi kesan kepada pemilihan pemakanan dan tabiat mereka.
“Kanak-kanak pada masa kini pula banyak menghabiskan masa dengan online, jadi kami perlu melindungi mereka daripada iklan yang tidak sihat,” katanya, memetik laporan Metro.
Dalam pada itu, pengharaman tersebut merupakan langkah segera kerajaan menambah baik taraf kesihatan rakyat dengan menyeimbangkan pengambilan kalori.
Selain itu, iklan bagi makanan ringan, manisan dan minuman yang mengandungi lemak, gula serta garam yang tinggi juga turut akan diharamkan.
Pengharaman siaran iklan tersebut sama ada dipaparkan di kedai runcit, pasar raya atau online dirancang akan bermula mulai April tahun depan.
Sumber: Metro