Siakap Keli

(Video) “Aku Berpusing Kat Jalan Yang Sama, Macam Dipermainkan,” Seram, Pemandu Van Jenazah Kena Kacau Pukul 2 Pagi

Bertugas sebagai pemandu van jenazah memang satu kerja yang cukup-cukup mencabar. Pendek kata, kalau iman tak kuat, sebaiknya carilah kerja lain.

Tapi bukan semua orang ada rasa sebegitu. Kebanyakan mereka yang menjadi pemandu van jenazah ini memang ikhlas menjalankan tanggungjawabnya demi urusan syara’.

Memang tak dinafikan, terlalu banyak kisah dan pengalaman seram dilalui mereka. Ada yang kena ‘kacau’ ketika memandu, ada yang ‘ditegur’, malah ada yang hilang arah perjalanan.

Demikianlah yang dialami oleh seorang pemandu van jenazah bernama Johan ini apabila mendakwa tersesat di tengah hutan ketika sedang membawa jenazah bersendirian.

Apa yang mendebarkan, katanya dia seolah-olah ‘berpusing’ di laluan yang sama saja..dan lebih cemas, waktu ketika itu adalah pada pukul 2 pagi.

Taknak menambah masalah, Johan terpaksa memberhentikan vannya dan meninjau keadaan sekeliling. Tiba-tiba….dia macam terdengar ada suara dari belakang tapi tak tahu siapa.

@johan_aritonang945

#seremmmmm 😬

♬ original sound – 𝓙𝓸𝓱𝓪𝓷 𝓐𝓻𝓲𝓽𝓸𝓷𝓪𝓷𝓰 – 𝓙𝓸𝓱𝓪𝓷 𝓐𝓻𝓲𝓽𝓸𝓷𝓪𝓷𝓰

Kata Johan dalam video itu;

“Aku macam dengar suara dari belakang tapi entah suara apa.

Aku berpusing-pusing kat jalan yang sama, macam dipermainkan.

Aku tersesat kat tengah hutan sekitar 2.17 pagi bawak jenazah,” luahnya.

Video tersebut telah ditonton lebih 9.7 juta kali setakat ini. Seram dengan pengalaman itu, ramai netizen berkongsi apa yang mereka ‘rasa’. Mengejutkan, ada sesetengahnya turut ternampak ‘sesuatu’ dalam rakaman tersebut.

“Gila laa kalau aku terkencing sorang-sorang kalau macam abang,” – Brndoniee

“Gilalah. Kalau aku jalan malam-malam macam gitu biarpun kereta biasa takut oh hahaha. Ni kan lagi, kena bagi 1 juta pun tak sanggup aku hahah,” – Xxaaxxaa

“Korang perasan tak waktu dia rakam kat belakang, ada muka kat cermin belah kanan,” – Jidinjd

“Perhatikan dalam cermin,” – Aiza

Eh, ada apa dalam cermin tu?

Sumber: TikTok @johan_aritonang945

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'