Siakap Keli

(Video) Detik-detik 55 Unit Apartmen Di Miami Runtuh, Seorang Maut & 99 Lagi Dilapor Hilang

FLORIDA-  Sebuah pangsapuri di Pantai Miami, Amerika Syarikat runtuh yang menyebabkan sekurang-kurangnya seorang maut manakala 99 orang lagi dilaporkan hilang. Menurut laporan portal media negara berkenaan, kejadian berkenaan membabitkan 55 unit rumah di bangunan tersebut.

Dilaporkan, puluhan penghuni dikeluarkan dengan bantuan 80 anggota kecemasan.

Selain itu, lima agensi negeri tiba di Surfside pada jam 1.30 pagi 24 Jun.

Sebuah rakaman menunjukkan sebahagian bangunan tersebut (Champlain Towers South), runtuh berhampiran Collins Avenue di 88th Street , lapor NBC Miami.

Pasukan bomba mengatakan pada petang 24 Jun bahawa 37 orang yang dikeluarkan selamat. Manakala, 11 orang cedera dan empat lagi dimasukkan ke hospital.

Menurut The Sun, pasukan keselamatan menggunakan alat solar dan kamera bagi mencari mangsa lain.

Seterusnya, jurutera akan ditugaskan mencari punca bencana itu selepas operasi mencari dan menyelamat tamat.

Sumber: The Sun

Atiqah Aliah