Siakap Keli

(Video) Tinjauan Google Earth Kesan Seakan ‘Kota Tanpa Penghuni’ Di Bawah Laut, Rupa-rupanya…

Terdapat banyak perkara dan lokasi ‘misteri’ yang berada di sekitar Bumi ini, ada antaranya mungkin tak terjangkau dek akal kita.

Kerap kali tersebar di media sosial, paparan-paparan ‘pelik’ di sesebuah lokasi apabila ditinjau menggunakan Google Earth.

Baru-baru ini, laman TikTok Secrets On Google Earth menemui satu penemuan ‘mengejutkan’ di dasar laut sekitar perairan Mexico.

Hasil ‘tinjauan’ tersebut mendapati, kelihatan beberapa struktur berwarna hitam di perairan itu yang dikesan dari ‘lensa’ satelit.

Setelah di’zoom’ dan ‘terjun’ ke dasar laut bagi mengenal pasti apakah benda itu, rupa-rupanya…inilah dia.

Gambar: News.com.au

Macam sukar nak percaya, tapi apa yang ada di sini adalah beberapa buah struktur seakan sebuah ‘kota tanpa penghuni’ yang berdiri di dasar laut.

Malah berdasarkan komentar netizen pada video itu, ada yang berjenaka mengatakan ‘kota’ itu ialah bandar tempat tinggal Spongebob, iaitu Bikini Bottom.

Bagaimanapun kebenaran akhirnya terungkai. Rupa-rupanya struktur itu sebenarnya adalah kawasan tapak semaian batu karang yang dinamakan sebagai Snapper Ledge Reef.

Tapak semaian batu karang itu berada di perairan Gulf of Mexico berhampiran Florida dan diuruskan di bawah Pusat Santuari Marin Negara Florida.

Tujuan ia dibangunkan adalah sebagai usaha ‘membiakkan’ lagi batu karang yang menjadi nadi kehidupan hidupan marin, selain untuk memuliharanya daripada ancaman kemusnahan akibat peningkatan suhu air laut dan radiasi UV.

Difahamkan, di situlah satu-satunya tempat semaian batu karang di benua Amerika Utara dan yang ketiga terbesar di dunia.

Berikut di bawah adalah video yang dikongsikan akaun TikTok tersebut.

@secrets.on.google.earth

What is this place? 😳😨 #googleearth #googlemaps #google #hidden #trending #viral #scary #secretsongoogleearth #secretsongoogleearth #ocean

♬ Dead Silence – Alx beats

Sumber: News.com.au / TikTok

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'