Siakap Keli

Wanita Kongsi Tips Hilangkan Masalah Bintik Hitam Pada Kulit Lepas 20 Tahun Buntu Tak Jumpa Solusi

Di Malaysia ni, ramai yang mempunyai masalah kulit kusam dan tona tak sekata. Namun, hanya sebilangan kecil sahaja yang mempunyai masalah bintik hitam pada kulit mereka.

Dan disebabkan banyak produk lebih tertumpu untuk masalah kulit kusam dan tona tak sekata ini, bagi yang mempunyai masalah bintik hitam, mereka seakan berasa terpinggir dan tidak tahu untuk mencari produk bagi merawat masalah mereka itu.

Seperti yang terjadi kepada seorang wanita bernama Sharon Teh atau nama sebenarnya Teh Swee Lin ini, masalah bintik hitam yang terdapat di lengan dan tangannya ini didakwa telah dialaminya sejak dari 20 tahun yang lalu.

Wanita berusia 52 tahun dari Taiping, Perak yang bekerja dalam bidang jualan ini pada satu ketika sudah sampai ke tahap yang rimas dan buntu kerana tidak tahu untuk mencari penyelesaian bagi masalahnya itu.

Masalah bintik hitam yang terjadi ke atas dirinya itu dikatakan berpunca daripada kerap ‘berjemur’ kerana bekerja di bawah panas terik matahari.

“Puas mencuba pelbagai produk kulit di pasaran, hasilnya tetap mengecewakan saya. Kesudahannya lebur semua wang begitu saja.

“Pernah juga terfikir mahu melakukan rawatan laser di kulit tangan itu. Tapi difikirkan kosnya memang sangat mahal. Saya amat realistik namun tidaklah sampai tahap membazir wang.

“Pada satu tahap, saya hampir putus asa mencari solusi terbaik merawat masalah dialami. Biasalah golongan wanita mahupun lelaki zaman sekarang ini semua pentingkan kecantikan diri,” katanya.

Masalah yang dihadapinya itu dikatakan pernah membuatkannya tidak sanggup untuk melihat lengannya sendiri dan secara tidak langsung telah menjejaskan keyakinan dirinya.

“Nak pakai baju tidak berlengan pun tak sanggup. Saya jadi geram, tak selesa dan malu nak berpakaian mendedahkan kulit.

“Pendek kata, saya akan cari solusi untuk menyarung jaket, kot atau memakai baju berlengan panjang,” katanya.

Namun begitu, pada sekitar Mei lalu, jalan penyelesaian yang dicarinya selama ini akhirnya muncul selepas iklan produk kesihatan kulit Saapuu berjaya mencuri perhatiannya.

“Sejujurnya saya tidak tahu kenapa iklan produk berkenaan begitu pantas menangkap pandangan mata dan hati. Lantas saya menghubungi pihak mereka untuk bertanyakan lanjut mengenai produk itu.

“Saya masih ingat lagi tanggal 11 Mei produk itu selamat sampai di rumah untuk dicuba. Selepas beberapa kali menyapu  krim dan gel kulitnya berturut turut, kesan bintik hitam kian pudar. Kulit saya perlahan demi perlahan nampak kecerahannya. Bintik hitam juga sudah berkurangan.

“Dalam hati saya sendiri tertanya mukjizat apa yang ada dalam produk ini sampai begitu hebat sekali kesannya. Tak sangka dengan kos minimum, saya boleh lihat kesan dalam masa singkat,” katanya.

Menurutnya, dia tidak langsung berasa was-was untuk menggunakannya kerana produk tersebut telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Hasil menakjubkan dan kandungan yang digunakan dalam produk Saapuu itu juga membuatkan dia berasa bahawa pelaburannya itu sangat berbaloi.

“Produk Saapuu mengandungi pelbagai  bahan organik yang sememangnya terbukti untuk kebaikan kulit. Contohnya seperti minyak argan, madu, daun sirih, daun pegaga, curcumin, daun gelenggang dan aloe vera.

“Tambahan pula, paling utama dan meyakinkan saya kerana produk ini mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Jadi memang diakui produk ini selamat untuk dipakai tanpa rasa was-was.

Kini, dia tampil lebih yakin selepas mencuba produk Saapuu ini.

“Hati saya kini meloncat kegembiraan apabila ‘penderitaan’ masalah kulit saya akhirnya selesai begitu sahaja selepas menggunakan produk berkenaan. Kini saya boleh menjalani hidup dan bekerja dengan lebih berkeyakinan,” katanya tersenyum.

Bagi yang ingin membeli atau mendapatkan maklumat tambahan mengenai produk Saapuu boleh layari www.online.saapuu.my

Aqmal Ezany

I write what is right