LOS ANGELAS- Seorang pekerja zoo telah digigit oleh seekor ular sawa hingga menyebabkan pipinya berdarah.
Rakaman tersebut menunjukkan Jay Brewer, pengasas The Reptile Zoo di Los Angelas memuatnaik video haiwan jagaannya. Antaranya, zirafah, gahah hingga buaya.
Namun, yang mengejutkan apabila Jay sedang mengambil telur milik ular sawa yang sangat besar.
Menurut Times Now News, ular yang bengang dengan tindakan Jay menggigit pipinya hingga terpaksa meminta pertolongan orang lain.
“Saya mengambil risiko untuk mengambil telur untuk dimasukkan ke dalam inkubator agar lebih selamat,” kata Jay.
Video tersebut mendapat banyak perhatian. Ada yang menyifatkan jay seorang yang sangat berani kerana sanggup berbuat demikian.
Sumber: Times Now News