INDIA- Satu kejadian aneh berlaku apabila pengantin perempuan ditukar sebelum majlis perkahwinan berlangsung.
Odisha, pengantin perempuan, ditukar dengan wanita lain hanya kerana tidak menyediakan gulai kari kambing dalam majlis kenduri itu.
Pengantin lelaki itu menukar pengantin perempuan hanya beberapa saat sebelum berlangsungnya majlis perkahwinan mereka.
Bukan itu sahaja, dia turut mencari wanita lain untuk menjadi pengganti dan berkahwin dengannya.
Menurut laporan The New Indian Express, pengantin lelaki berusia 27 tahun itu dikenali sebagai Ramakant Patra, berasa kesal kerana keluarga pengantin perempuan gagal menyediakan daging kambing.
Kejadian berlaku pada petang 23 Jun di kampung Bandhagaon. Ketika lansungan, anggota keluarga pihak lelaki meminta kari kambing tetapi tidak dihidangkan kerana masih dimasak.
Disebabkan pihak keluarga perempuan gagal menyediakan menyebabkan berlakunya pertengkaran dan keadaan memburuk.
Menurut India.com, pengantin lelaki yang terdengar pertengkaran itu mengugut untuk menunda majlis.
Walaupun dipujuk oleh keluarga pihak perempuan, namun dia enggan menurut. Dia yang merajuk meninggalkan majlis dan pergi ke rumah saudaranya.
Lebih mengejutkan, apabila pengantin lelaki tersebut berkahwin dengan wanita lain di Phulajhara pada malam yang sama, menurut sumber.
Sumber: India.com