INDIA- Pemilik salun di daerah Darbhangan, Bihar menawarkan perkhidmatan potong rambut dan cukur secara percuma kepada mereka yang telah divaksinasi.
Shambhu Kumar Thakur, pemilik salun yang terletak Darbhanga mengatakan bahwa dia memberikan perkhidmatan percuma tersebut bagi mempromosikan usaha vaksinasi di daerah tersebut.
Menurut India.com, mereka ingin mendapatkan perkhidmatan percuma yang ditawarkan hendakalh menunjukkan sijil vaksinasi atau selfie yang diambil semasa pengambilan suntikan vaksin.
“Menteri Darbhanga kini sedang membuat pelbagai langkah bagi memberitahu masyarakat tentang vaksin.”
“Kami memutuskan untuk mendidik masyarakat dengan kemampuan kami,” kata Thakur.
Menurut laporan, Thakur telah memberikan perkhidmatan tersebut kepada lebih 200 pelanggan.
Mereka juga menyasarkan lebih lagi dengan pemasangan papan mengenai tawaran tersebut dihadapan salun.
Sumber: India.com