Siakap Keli

Tak Sampai 12 Jam, Kasut Converse RM40K Viral ‘Sold Out’

Kecoh di media sosial hari ini apabila seorang pemilik kasut Converse pertama di dunia, Jeroong Wia terpaksa melepaskan ‘artifak’ berkenaan demi kelangsungan hidup.

Hebahannya yang membuka jualan kasut tersebut dengan harga bermula RM40,800 menjadi bualan ramai netizen. Ada yang terkejut, ada yang menyokong, malah tidak kurang juga yang meragui harga kasut berkenaan.

Bagaimanapun, penantian mencari ‘tuan baharu’ tidak perlu mengambil tempoh yang panjang apabila seorang ‘collector’ barangan ‘vintage’, dikenali sebagai Dynamo Rasqputin di Facebook tekad membeli kasut tersebut.

Tidak sampai seminggu, tidak sampai 24 jam, sekelip mata saja kasut Converse buatan yang pertama pada 1917 itu telah ‘disambar’ orang. Cukup hebat penangan ‘vintage’ ini yang tinggi dengan nilai sejarah ini.

Kasut Converse RM40K ‘sold out’

Gambar: Dynamo Rasqputin

Dynamo mengkhabarkan pembelian itu menerusi laman Facebooknya sebentar tadi. Jelasnya, sebelum ini dia kerap menerima pelbagai tohmahan kerana perbuatan menghabiskan ribuan ringgit demi barangan ‘vintage’ dianggap perkara yang sia-sia oleh segelintir orang.

“Dulu 1 Malaysia orang mengata ke aku bod*h beli baju Geisha buruk dengan harga RM28K…semua kata aku bang*ng, lembu, tiang api..tapi semua tu senyap apabila aku dapat jual baju tu pada seorang buyer vintage kental dengan harga RM40K. Buyer baru pulak bod*h aku jadi cerdik.. takda bunyi dah yang aku ni bodoh. Semua diam buat tak tahu..” katanya di Facebook.

Mungkin terlalu lali dengan persepsi orang, hari ini sekali lagi Dynamo membuat keputusan ‘berani mati’ apabila dia bersetuju untuk membeli kasut tersebut dengan harga yang ditawarkan pemilik asalnya.

“Hari ni aku nak buat bod*h sekali lagi.. dengan rendah diri dengan kebod*han aku, aku lock Converse pertama dunia ni dengan harga RM40,800. Ye, dengan rendah hati berfikiran waras tanpa paksaan, AKU LOCK KASUT NI DENGAN NILAI RM 40,800..” tambahnya lagi.

Pelaburan alaf baharu

Gambar: Dynamo Rasqputin

Bagi Dynamo, berbelanja hangus puluhan ribu ringgit semata-mata menyimpan koleksi barangan lama ini bukanlah satu pembaziran. Malah padanya, ia adalah satu pelaburan alaf baharu.

“Lepas ni parok pulak la aku kena kecam. Nanti kita sama-sama tengok berapa aku dapat jual kasut ni pada market luar negara. Masa ni semua akan kata aku bod*h dan aku janji aku akan buktikan sekali lagi yang semua ni pelaburan alaf baru.

Aku akan buktikan yang vintage ni adalah 1 cabang perniagaan jugak.. simpan duit dalam bank RM40K tak beranak bos, simpan duit dekat barang buruk RM40K insyaAllah kita pakat-pakat tengok berapa harga dia boleh pergi..” katanya lagi.

Begitulah antara luahan ikhlas dari lubuk hatinya, kenapa dia sanggup berbuat demikian. Mungkin bagi kita, kasut itu hanyalah sepasang kasut lama yang cuma tersimpan dalam rak kaca.

Tapi bagi ‘collector’ tegar sepertinya, kasut itu adalah bahan sejarah yang patut dikenang oleh peminat fesyen. Tidak kurang juga, Dynamo turut memandang budaya jual-beli barangan ‘vintage’ ini sebagai satu bentuk pelaburan jangka panjang.

“Dengan ini aku isytiharkan mulai jam dan tarikh masa ini aku adalah pemilik baru kasut ini. CONVERSE NON SKID FIRST EDITION IN THE WORLD 1917 LOCK DONE RM 40,800.” tambahnya mengakhiri pengumuman tersebut.

Tahniah Dyanmo Rasqputin kerana menjadi pemilik baharu Converse tertua ini.

Gambar: Dynamo Rasqputin

Sumber: Dynamo Rasqputin

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.