Siakap Keli

(Video) “Ambik Balik Barang Hang..” Seram, Wanita Nampak Kelibat Putih Kat Tingkap Masa Buat ‘Live’ Tengah Malam

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kemunculan makhluk halus ini memang sukar nak dijangka pada mata kasar. Kadang-kadang ia datang tanpa sebarang ‘kelibat’, mungkin sekadar melalui bau saja.

Pada zaman teknologi hari ini, ‘mereka’ masih juga aktif memunculkan diri apabila tiba masanya. Ramai yang kerap ‘ternampak’ kelibat sesuatu makhluk melalui lensa kamera.

Begitulah yang dialami oleh seorang peniaga, @Kuntoomhouse apabila ‘benda’ itu datang sewaktu dia bersiaran langsung di TikTok pada waktu dinihari baru-baru ini.

Jangan tak tahu, ‘benda’ itu datang bukan terus tunjuk muka, tapi dia bagi ‘salam’ melalui cara lain…saksikan video di bawah ini.

@kuntoomhouse

this is not funny and this is real.tengok anak panah tu. dnegar apa yg mereka buatkan dan fokus.. mungkin anda juga boleh nampak #viral #tiktok #fyp

♬ original sound – Kuntoomhouse – Kuntoomhouse

Kuntoom menulis pada kapsyen;

“Ni tak kelakar dan benda ni real. Tengok anak panah tu. Dengar apa yang mereka buatkan dan fokus. Mungkin anda juga boleh nampak,” katanya.

Mungkin ada yang tercari-cari di manakah ‘benda’ itu datang. Kuntoom ada ringkaskan penampakannya melalui video seterusnya di bawah ini.

@kuntoomhouse

ambik balik barang hang 😡😡😡😡 #viral #fyp #horrow #tiktokviral #liveseram

♬ suono originale – MAXBRAINDEVICES

“Ambik balik barang hang..” tulisnya.

Ekoran ada yang ternampak sesuatu seperti yang didakwa, beberapa netizen bersuara menceritakan apa yang mereka lihat.

“Nanti mula la sakit-sakit badan..nak niaga tak ada mood..” – Senyum

“Saya ada nampak..macam serba putih..rambut putih..” – Nurul

“Ooo macam ni, kena azan awak setiap sudut agar dia pergi jauh..malaikat dekat rumah awak tu dah kurang tu yang dia datang..” – Mat

Korang pula nampak apa tu?

Sumber: TikTok Kuntoomhouse

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.