Bila sudah lama duduk di rumah ni, mesti kereta masing-masing terus tersadai dan tidak bergerak kan? Kalau keluar pun hanya untuk beli barang dalam tempoh waktu yang sekejap saja.
Pun begitu, ia tidak boleh menjadi alasan untuk korang tidak menjaga dan menyelenggara kereta tersebut. Pelbagai masalah yang boleh berlaku jika kereta sudah lama tidak digunakan.
Bukan saja bahagian enjin, periksa juga pada bahagian tayar kereta kerana ia mungkin akan kempis. Disebabkan itu juga, korang seharusnya mengisi angin tayar mengikut spesifikasi tayar kereta korang.
Mungkin ada yang belum tahu, terdapat beberapa tulisan yang menjadi ‘petunjuk’ buat semua pengguna kereta mengenai tahap angin atau kelajuan pada tayar tersebut.
Untuk ketahui lebih jelas pasal tayar itu, korang boleh tengok video yang dikongsikan oleh Carlson Chia di bawah ini.
@carlsonchia_oe berapa lama tak ada check tyre anda? #TiktokGuru #tiktokmalaysia #clgroupautoservice #carlsonchia #tiktokindonesia
♬ original sound – Boss Carlson_CL Group – Boss Carlson_CL Group
Diharapkan lepas ni korang akan lebih peka mengenai ‘kesihatan’ tayar dengan melihat spesifikasi yang telah ditetapkan pada tayar itu. Semoga bermanfaat.
Sumber: Carlsonchia_oe