Siakap Keli
Gambar Hiasan via Bernama

TERKINI: Kedai Makan & Restoran Dibenar Beroperasi Bermula 6 Pagi Hingga 10 Malam Bermula Esok – Ismail Sabri

Kedai makan dan restoran dibenar beroperasi bermula jam 6 pagi sehingga 10 malam berkuatkuasa esok, menurut Ismail Sabri memetik ciapan di laman Twitter Bernama sebentar tadi.

Dalam perkembangan yang sama, Menteri Kanan (Keselamatan), Dato’ Sri Ismail Sabri turut memaklumkan Fasa Pertama Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) kekali hingga tiga indikator nilai ambang utama dicapai.

Memetik ciapan Bernama TV, keputusan itu diambil setelah mengambil kira rayuan dan pandangan pengusaha kedai makan dan sidang mesyuarat bersetuju untuk menukar waktu operasi premis yang menjual makanan bermula 28 Jun 2021 (esok)

Sumber: Bernama

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa