Siakap Keli
Foto: Mad Captain

“Tu Bukan Abang Mad…” Ada Individu Dipercayai Menyamar Jadi ‘Abang Mad’, Minta Pinjam Duit Kat Kawan-Kawan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kes penipuan  ini diibaratkan seperti cendawan tumbuh selepas hujan di negara kita. Boleh dikatakan hampir setiap hari kes-kes penipuan ini disiarkan di media sosial.

Kali ini, ada lagi kes scammer melalui Whatsapp yang telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook dan merupakan salah seorang mangsa penipuan.

Menurut perkongsiannya, scammer telah menggunakan namanya untuk modus operandi mereka supaya orang ramai yang mengenali Abang Mad lebih mudah terpedaya.

Jadi, Abang Mad Captain ini tampil menjelaskan perkara sebenar di mana bukan dia yang meminta dan meminjam wang dari rakannya itu sebaliknya ia adalah kerja orang yang tidak bertanggungjawab.

Perhatian! Kalau ada yang minta nak pinjam duit menggunakan nama abang mad di Whatsap atau Facebook tolong jangan layan…

“TU BUKAN ABANG MAD! Abang mad ni berkurun dah tak pinjam duit orang…”

 

Tolong berhati-hati ya semua kawan-kawan. Orang waktu sekarang ni semua pakat terdesak. Jangan mudah percaya na.

 

Sumber: Abang Mad

 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.