Siakap Keli

(Video) Boleh Ajar Mak Ayah Kita, Ini Cara Nak ‘Reload’ Touch n’Go Guna Mesin Di Plaza Tol

Sebelum ini kalau setiap kali kita ingin tambah nilai dalam kad Touch N Go, mesti kita akan ke mana-mana stesen minyak berdekatan kan? Tetapi, sekarang kebanyakan stesen minyak sudah tidak menyediakan perkhidmatan menambah nilai Kad Touch N Go.

Jadi, SK nak kongsi dengan korang semua cara nak tambah nilai Touch N Go menggunakan mesin. Mudah sangat untuk korang belajar dan ia sangat bermanfaat kepada warga emas yang menggunakan perkhidmatan ini.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Faizal Razali ini menunjukkan cara tambah nilai Touch N Go menggunakan mesin yang disediakan di lorong tol bahagian tambah nilai.  Ia boleh bayar tunai, atas talian atau menggunakan kad debit. Kali ini, lelaki ini menun jukkan cara membayar secara tunai.

“Kesian pada pakcik makcik yang terkebil nak guna mesin ni. So, selamat mencuba ye…”

@mrfaizalrzli95

Kesian pada pakcik makcik yg terkebil nk guna mesin ni .. so selamat mencuba yea .. .. hehehe #tiktok #fyp #foryou #tol #tolmalaysia

♬ original sound – MrFaizal Rzli – MrFaizal Rzli

 

Sumber: MrFaizalrzli95

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: