Shopee merupakan salah satu platform membeli-belah secara atas talian yang menjadi kegilaan penggemar online shopping. Walaupun begitu, pasti sebilangan daripada pembeli mengalami masalah berkaitan barang yang dibeli.
Korang pernah tak beli barang daripada seller Shopee, tapi dapat barang rosak, tak cukup atau tak dapat langsung?
Ada sebilangan daripada pembeli yang melakukan transaksi melalui platform Shopee memilih untuk berdiam diri bila berlaku situasi-situasi sebegini. Sebagai pembeli, korang ada hak untuk dapatkan balik duit korang tau.
Mungkin ramai yang tak tahu macam mana nak refund atau rasa proses ni menyusahkan jika barang yang dibeli bermasalah.
Oleh itu, melalui akaun TikTok @bossadrian_derisogadget, wanita ini tunjuk cara-cara untuk refund barang bermasalah yang korang beli kat Shopee. Lepas ni takda la tercari-cari kat mana nak refund.
Video ini mendapat 48.1 ribu tontonan dan 6.2 ribu sukaan setakat ini.
@bossadrian_derisogadget Jangan risau okay, anda semua boleh dapatkan dgn cara yg betul #tiktokmalaysia #learnontiktok #tiktokguru #jombelajar #fyp #foryoupage #shopeemy
Sumber: TikTok @bossadrian_derisogadget