Siakap Keli
Gambar: TikTok @eyrazakira

Wanita Tunjuk Macam Mana Nak Beli iPad Harga ‘Student’, Dapat Diskaun Sampai RM200

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Apple bukanlah satu nama baru dalam dunia teknologi. Umum dah sedia maklum, produk-produk keluaran syarikat gergasi ini bukanlah murah, tapi korang masih boleh dapatkan sesetengah produk Apple dengan harga diskaun.

Mungkin ramai yang tak tahu, Apple telah memperkenalkan satu kaedah yang dinamakan education pricing. Melalui kaedah ini, korang boleh membeli produk asli Apple iaitu iPad dan komputer Mac dengan harga diskaun sehingga lebih RM200.

Pengguna TikTok @eyrazakira ini menunjukkan macam mana nak beli iPad melalui kaedah education pricing. Sesuai dengan nama education pricing, korang akan dapat diskaun untuk sesetengah produk Apple.

Bukan sahaja harganya yang lebih murah, korang jugak boleh pilih untuk ukir nama atau apa-apa teks pada iPad korang secara percuma. Pilih je option engraving, dan korang boleh tulis nama sendiri kat iPad korang.

  1. Klik SINI
  2. Pilih produk yang anda nak
  3. Pilih varian ipad dan saiz memori
  4. Boleh engrave percuma
  5. Buat pembayaran guna debit atau kredit kad
@eyrazakira

Reply to @shazlin_sam harap dapat menjawab soalan korang 🤗

♬ good 4 u – Olivia Rodrigo

Sumber: TikTok @eyrazakira

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.